Monday, December 16, 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat



Sedih? Gembira? Menyampah? Semuanya sudah dialami sepanjang aku berada di UPM. KIni semester 7 bakal melabuhkan tirai dan aku akan menamatkan zaman pelajar aku di UPM. Apa yang akan aku rindukan? Aku akan rindu setiap masa aku dengan rakan-rakan dan aku juga rindu dengan kelas-kelas subjek yang pernah aku ambil. Susah senang sebagai seorang pelajar hanya kami keluarga Bahasa Dan Linguistik Melayu sahaja yang tahu. Tambahan lagi, subjek-subjek HR (Pengurusan Sumber) yang banyak sangat program dan kami ditimpa tugasan, tugasan dan tugasan. Tapi macam aku cakap tadi, betapa getirnya jalan yang kamu lalui sebelum ini sudah hamper sampai ke penghujungnya. Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi kami bakal berpisah. Tiada lagi terserempak di fakulti ataupun kolej. Semua akan bawa diri masing-masing dan akan bertemu semasa sesi graduasi tahun 2020 nanti InsyaAllah. Amin.

Apa aku hargai dalam semester 7 ini ialah, semangat berkumpulan. Hasil daripada subjek Mutimedia Dalam Bahasa yang diajar oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim sangat memberi impak sehingga munculnya satu kumpulan production yang diberi nama GADIS TREX PRODUCTION. Segala sukar nak buat video setiap minggu, selepas itu upload di youtube dengan nak hadap wifi yang tidak beri kerjasama. Penubuhan production ini telah menerbitkan satu ikatan yang sukar dijangkakan dengan perangai yang pelik-peliknya, yang membebel masa video dirakam (nasib baik video tanpa suara. Actually akulah tu) dan bateri kamera habislah. Tapi sampai ke penghujung ini kami tetap mampu melaksanakan tugasan-tugasan Prof walaupun ditimpa tugasan-tugasan lain.



Kelas Prof sangat menarik kerana beliau mengajar kami erti redha. Apabila kita redha maka keikhlasan akan terbit seperti terbitnya matahari menyinari pagi yang indah. Cara pembelajaran Prof tidak memerlukan buku sepanjang masa tapi kami dedahkan dengan banyak ilmu berkiatan media sosial. Daripada subjek ini saya mula belajr menjadi seorang blogger dan kini saya mempunyai akaun blog sendiri yang dahulunya saya tidak tahu apa itu Blog. Saya juga belajar untuk menyunting video bagi enak mata melihat dan saya juga kini mengerti bagaimana getirnya orang melakukan penggambaran. Tetapi inilah kenangan yang paling terindah yang akan dirindukan.



Sepekara lagi, kelas ini akan dua kali seminggu dimana kelas teori dan kelas amali. Kelas amali diajar oleh tutor kami En Akmal. Terima kasih kerana sudi mengajar kami dan memberi tunjuk ajar apabila kami tidak mengerti. Terima kasih juga bagi saya masuk kelas hari selasa walaupun nama saya pada hari khamis. Tapi ini semua untuk menyiapkan tugasan Prof. Terima kasih tutor sebab ajar kami gunakan Adobe Photoshop walaupun slow macam kura-kuara. Terima kasih!!!




Didikan prof amat memberi impak kepada kami. Saya bersyukur kerana menghabiskan sesi pembelajaran saya bersama kelas Prof kerana saya telah peroleh banyak ilmu bahar sepanjang semester 7 ini. Terima kasih Prof! Terima kasih tutor! Terima kasih Gadis Trex Production! Terima kasih keluarga Multimedia dalam Bahasa!
#MissYouProf


Wednesday, December 4, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosiaal Noraten Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019)


Eh!!! Media Sosial merupakan karya Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim yang dicetak oleh Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Buku ini mengandungi lapan bab yang mengandungi isi yang merincikan aspek media sosial seperti twitter, facebook, Instagram, e-mel, blog dan lain-lain. Bab satu merupakan topik yang membincangkan tentang Media Sosial: Gambaran Keseluruhan. Dalam topik ini, media sosial dilihat sebagai medium yang bagus untuk berkongsi sumber dalam kelas, atau penglibatan pelajar. Sejajar dengan pendapat Karpati (2009) yang menyatakan alat-alat media sosial boleh membantu para pengajar dalam melaraskan pembelajaran berkolaborasi di kalangan pelajar. Manakal bab dua ialah Twitter sebagai satu aplikasi yang mudah dikawal, pantas, efiesyen dan membekalkaninformasi-informasi terkini. Bab tiga ini menjelaskan Facebook adalah laman sosial yang bagus untuk meningkatkan tahap komunikasi yang baik di kalangan pelajar dan mungin pihak yang bertanggungjawab boleh melihat kesan medium ini sebagai medium untuk mempelajari bahasa Inggeris secara global.
Seterusnya, bab empat menerangkan Instagram menghasilkan satu cerita pendek yang mampu membantu pengajar terutamanya untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan penggunaan teknologi baharu. Manakala bab lima, menerangkan e-mel sebagai sistem computer yang memindahkan maklumat dalam kalangan pengguna secara cepat, mudah dan menjimatkan kos (Crystal, 2002). Selain itu, bab enam pula, blog di dalam kelas bahasa mampu membentuk keyakinan diri individu (Nadzrah Abu Bakar et al. (2010). Bab tujuh menyatakan isu tidak dapat diatasi jika pengguna terus-terusan menggunakan perkataan yang salah dalam rangkaian sosial dan perkara ini perlu dipertimbangkan. Bab yang terakhir, implikasi pedagogi yang menjelaskan rangkaian sosial menawarkan peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan untuk sesuatu pengukuhan.
Implikasi yang diperoleh daripada buku ini ialah media sosial bukanlah satu medium yang penggunanya teru-terusan menggunakan perkataan yang salah tetapi sebagai medium pembelajaran yang berkesan sewajarnya.


Rujukan:
Crystal, D. (2002). Language and the Internet. Cambridge University Press
Karpati, A. (2009). Web 2 Technologis for Net Native Language Learners: A “Social Call”. ReCALL, 21(2): 139-156.
Nadzrah Abu Bakar, Hafizah Latif, & Azizah Ya’acob. (2010). ESL Students Feedback on the Use of blogs for Language Learning. 3L The Southeast Asian Journal of English Language Studies, 16(1): 120-141.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim, (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: UMT Publisher

Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)




Naskah Normaliza Bt Abd Rahim yang bertajuk “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” mengandunigi isi teori yang diguna pakai di dalam sesuatu bentuk kajian. Naskah ini mengandungi kajian wacana yang menumpukan kepada pengertian wacana itu sendiri. Wacana itu sendiri merujuk kepada sesuatu bentuk ujaran atau perlahiran bahasa yang dituturkan oleh manusia. Tambahan lagi, wacana akan menjadi utuh apabila melibatkan interaksi dua hala dan makna yang jelas. Kemudian, bab kedua mengandungi beberapa pendekatan dalam menganalisis wacana seperti teori analisis wacana Brown & Yule (1983), Stubbs (1983), Kritis VanDijk (1977), Normaliza Bad Rahim (2018), dan pendekatan analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018). Misalnya teori analisis kritis VanDijk (1977) yang memfokuskan kepada tiga struktur iaitu makro (makna global), superstruktur (kerangka) dan mikro (makna lokal) dalam kajian analisis wacananya. Seterusnya, bab tiga pula menganalisis tiga kajian wacana yang melibatkan wacana tekstual lirik lagu, cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak. Kajian wacana berikut banyak menumpukan kepada kanak-kanak autism di mana, kanak-kanak ini mempumyai masalah perkembangan saraf yang memberi kesan terhadap komunikasi mereka. Bab empat pula terkandung pengisian berkiatan startegi komunikasi. Strategi komunikasi ini dihuraikan berdasarkan beberapa pendapat para pengkaji dalam keberkesanan penggunaan strategi komunikasi, misalnya untuk golongan kanak-kanak yang mengujarkan dan berinteraksi dengan strategi yang berterusan.

Bab lima membincangkan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Taksonomi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengabaian mesej, pencapaian dan penanggguhan. Bab enam merupakan analisis strategi komunikasi dalam kanak-kanak dengan menggunakan taksonomi strategi komunikasi. Akhir sekali, bab tujuh pula adalah cadangan yang boleh diguna pakai untuk kajian wacana dan strategi komunikasi lain. Implikasi yang diperoleh daripada kajian-kajian daripada buku ini ialah bagaiamana untuk menganalisis wacana dengan tepat menggunakan teori dan pendekatan yang wajar bagi memperoleh keputusan yang bagus. Setiap ujaran yang dianalisi hendaklah mempunyai makna dan memberi rangsangan kepada pendengar kerana, ujaran ini melibatkan komu ikasi dua hala.

Rujukan :
1) Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UTM).


2)Brown, G., & Yule, G. (1983) Discourse Analysis. Cambridge: Cambridge University Press.

3)VanDijk, T.A. (1977). Text and Context: Explanations in the Seman
 tics and Pragmatics of Discourse. Londan: Longman.

Sunday, November 3, 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)

Assalammualaikum wbt.

Tugasan kali ini sangat mencabar apabila kena lakukan kerja sendirian tetapi tugasan ini sangat menarik kerana saya dapat memperlihatkan kepada pembaca masakan-masakan mak saya yang tercinta. Jika anda melihat sudah pasti anda mengetahui kenapa berat saya makin naik.

Flat lay yang menarik mampu mempesonakan mata yang melihat. Flat lay makanan terutamanya, tatkala dilihat ketika lapar apatah lagi waktu malam. Hal ini akan menerbitkan satu rasa yang inginkan makanan itu. Maka akan bermulalah ayat "CRAVING LAH". Padahal tidak tahan melihat gambar makanan itu. Jadi, anda hendak tahu sama ada anda tergugat atau tidak. Mari lihat video di bawah ini.



 Klik link ini : https://youtu.be/3hT4m7f-ID0

Jangan lupa view, like dan subscribe :)

Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


ULASAN BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Blog seperti sedia maklum adalah salah satu laman web yang menghubungkan pentadbir blog dengan pembacanya.  Menurut Ferdig & Trammell (2004), menyatakan blog adalah medium dialog di antara penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Manakala Zaini (2012) pula, menyatakan penggunaan blog sebenarnya mempu membentuk kemahiran menulis di dalam pembelajaran bahasa serta membentuk kemahiran menulis. Maka, peluang untuk penulis blog belajar istilah dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan penulisan mereka. Penerbitan blog adalah bertujuan untuk seseorang penulis memberikan idea atau berkongsi cerita kepada pembaca memandangkan blog ini bersifat privasi. Dapat disimpulkan penulisan blog mampu melatih diri penulis agar menulis dengan lebih baik dan fleksibel.

Penghasilan jalan cerita blog yang bagus mampu menarik minat pembaca. Misalnya, menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menyatakan beberapa cara menulis blog dengan baik. Pertama, Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga, Masukkan ayat humor yang berbentuk jenaka untuk menjadikannya menarik. Keempat, penulisan hendaklah dihuraikan dalam hujah yang baik. Kelima, kaitkan penulisan dengan berita terkini (isu semasa). Keenam, penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ketujuh, mudah dibaca dan difaham. Kelapan, blog mempunyai komunikasi dua hala dengan pembaca. Kesembilan, memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Akhir sekali, penulisan blog hendaklah berilmu bagi penulisan yang berbentuk pendidikan. Justeru itu, bagi menghasilkan blog yang bagus, penulis hendaklah merancang dan menyusun atur semula perkara yang ingin dikupas.

Berdasarkan buku Eh!!! Media Sosial, satu kajian telah dijalankan berkaitan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Bagi genre kesusasteraan yang merujuk kepada puisi, cerpen, skrip drama dan pantun, peratus bagi wanita lebih tinggi dalam menulis puisi di dalam blog mereka berbending responden lelaki. Jelas bahawa wanita memang seperti kita ketahui gemar menggunkan bahasa-bahasa yang indah dan tersembunyi di dalam sesebuah percakapannya. Kebanyakan responden wanita lebih gemar di dalam setiap penulisan kerana kajian terhadap penulisan puisi, cerpen, skrip drama dan pantun menunjukkan peratus wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Maka, tidak hairanlah jika peratus bagi wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Setiap responden yang dikaji lebih gemar menggunakan bahasa pilihan kerana setiap kata yang dipertontonkan adalah lahir dari jiwanya, maka tercipta puisi-puisi sebegitu.

Peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa menunjukkanperatus responden wanita lebih tinggi berbanding responden lelaki dalam penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Hal ini terjadi kerana reponden gemar menulis surat di dalam blog kerana memberikannya kepuasan. Responden wanita juga gemar meluahkan perasaan kerana ingin meluahkan perasaannya sehari-hari. Manakala, terdapat responden yang gemar menulis teka-teki di dalam blognya kerana berasa teruja untuk menyelesaikannya.

Tambahan lagi, penulisan blog membantu responden dalam proses pembelajaran teknologi. Pembelajaran ini memfokuskan kepada video, audio dan gambar. Kajian menunjukkan peratus responden lelaki dan wanita gemar memasukkan video dan audio di dalam blog mereka. Hal ini adalah kerana lagu dapat menenangkan fikiran manusia yang lagi beremosi. Manakala, responden wanita lebih gemar meletakkan gambar di dalam blog berbanding lelaki.

Tuntasnya, penulisan blog mampu membantu seseorang meningkatkan keyakinan diri dan mudah meningkatkan perubahan dari segi penulisan di dalam blog. Seseorang itu akan menjadi minat untuk menulis pada masa hadapan.

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA



SUATU KETIKA



Keluarga yang lengkap adalah satu impian yamg tidak semua manusia boleh kecapi. Terutamanya saya. Mengapa? Kerana sebelum saya sempat menunjukkan kejayaan saya pada orang tua saya, dia telah pergi dijemput illahi. Dia seorang hero, hero yang tidak akan membuat hati anak wanita menangis walaupun sesaat. Dia yang bertungkus lumus dibawah terik matahari untuk keselesaan isteri dan anak-anaknya. Tapi, penghujung Ramadhan itu telah menjadikan suasan hari raya itu sepi. Menjelang hari raya ketika itu, tiada tangan seoarang yang bergelar ayah untuk disalam meminta ampun. Dia pergi pada bulan yang sangat mulia dan dia sempat menghabiskan ibadah puasanya. Sehingga kini, suasana pagi syawal tidak lagi seperti dulu. Hanya tawa yang suram kedengaran dan senyuman kelat kelihatan.

Sehingga hari ini hanya mak sahaja yang kami ada dan takkan kami sia-siakan masa yang ada ini. Semoga masa yang ada ini dapat kami adik beradik berbakti kepadanya dan membanggakan dia di sana. Al-fatihah.


BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH



Belajar adalah satu tuntutan yang wajib bagi semua manusia. Setiap manusia perlu mempunyai ilmun agar mereka tahu hendak membezakan sesuatu perkara itu kerana ilmu itu merupakan kayu ukur. Allah SWT sendiri pernah mengangkat orang-orang berilmu dengan beberapa darjat. Seperti dalam firmannya:

                         يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ 

Bermaksud :
 “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

Maka, mari kita belajar kerana belajar itu sudah sememangnya mudah jadi mengapa perlu kita merumitkan. Jika kita berusaha dan mengaplikasikan belajr itu pasti cerah masa depan kita kelak. JIka susah untuk menghafal buatlah point ringkas yang boleh dibawa kemana-mana agar kita sentiasa ingat. Jadi apabila kita disoal kita pasti dapat menjawab. Seperti kita mengingati ayat-ayat di dalam solat harian kita.

Ilmu itu lebih penting daripada harta, tiada ilmu maka tiadalah harta.



Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Birds eye Views (Gadis Trex Production)

Birds Eye Views

APA???


Bird eye view adalah sudut pandang dalam potret yang sama dengan penglihatan mata seekor burung yang sedang terbang. Hasil gambar ini adalah berdasarkan sudut atas atau berapa ketinggian yang diambil untuk menunjukkan bird eye view.

3 Gambar Bird Eye Views


Sudut pandangan ini jelas bahawa, gambar tersebut cuba untuk menunjukkan apa yang seekor burung lihat dari sudut pandangan yang tinggi. Dapat kita lihat, susunan motor yang parkir itu tersusun kemas dan dedaun kering yang berselerak. 



Pengambilan gambar bird eye views telah membuktikan bahawa kita boleh melihat secara terperinci apa yang ada pada sekeliling kita tanpa kita sedari. Pada gambar ini, dapat dilihat ada kolam dan kerusi-kerusi rehat yang tersusun rapi. Jauh merantau, luas pemandangan. 



Malaysia dan kereta berpisah tiada, terutamanya di kawasan bandar. Hal ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berjam-jam dan boleh menyebabkan kemalangan akibat kecuaian pemandunya. Dari sudut pandangan atas, kita dapat lihat pelbagai benda, mislanya kereta, motorsikal dan pejalan kaki. Perkara ini adalah saling kebergantungan kerana tanpa kenderaan siapa mahu melaui jalan raya dan tanpa pejalan kaki, apalah erti gaya hidup sihat. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

BBM3410Satu2019: Over the Shoulder (Gadis Trex Production)

OVER THE SHOULDER

Pengambilan gambardari sudut bahu seseorang individu, dan di dalam gambar tersebut mestilah ada bahu si pelaku itu. Seolah-olah mengambil gambar pandangan mata si pelaku yang meminjamkan bahunya itu.


3 Gambar over the shoulder


Keseluruhan mereka ingin swafoto bersama-sama dan ada beberapa yang masih belum bersedia. Masih sempat minum air sebelum berswafoto. Keakraban mereka sangat terselah berdasarkan kegembiraan yang kita sendiri dapat lihat dengan mata kasar. Kawan biar beribu, musuh jangan sekali.



Sinaran matahari pagi telah menyinari sekelompok manusia ini. Sinaran matahari yang makin tinggi telah memberi respon kepada beberapa orang disitu untuk menutupi matanya. Mungkin disebabkan silauan cahaya. Segelintir mereka juga mungkin sedang meneliti gambar yang telah diambil kerana pemandangan di sana sangat cantik jika pandai manfaat pemandangan tersebut dengan mengguakan kamera yang sesuai. Bak kata pepatah "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".



Mendaki bukit ke tu? Mungkin mereka ini telah berjanji untuk meluangkan masa bersama di bukit. Ada kemungkinan sussana pada ketika itu pagi, maka masa inilah mereka sempat melihat betapa indahnya ciptaan Allah SWT. Mereka diibaratkan seperti isi dan kuku. Hal ini adalah kerana keakraban mereka jelas terlihat. 

BBM3410Satu2019: Mug shot (Gadis Trex Production)



MUG SHOT

Gambar mug shot sering digunakan untuk tujuan rekod polis. Hal in adalah kerana mug shot memaparkan gambar muka yang sangat terperinci dan boleh diambil dari pelbagai sudut misalnya, sisi tepi.


Mug shot manusia



Perasaan marah ditambah pula dengan kecewa membuatkan individu terbabit merasakan dirinya serba tidak kena. Emosi marah itu dilambangkan dengan kesedihan. Mungkin individ di atas mengalami masalah seperti dengan rakan. Misalnya, rakan yang menjaja cerita berkaitan diri kita walhal dia adalah rakan kepercayaan kita. Apabila menjadi begini, perasaan marah dan sedih bercampur baur. Namun begitu, individu di atas sedang cuba melepaskan marahnya. Baru sepatah bersuara, boleh terdengar di IOI City Mall, Putrajaya.



Dia mencuba menyembunyikan kesedihan itu namun dia sendiri tidak mampu bertahan. Hiba sungguh perasaan kakak ini. Mungkin sedang menangisi sesuatu kepahitan yang amat sakit sehingga tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Betullah apa orang kata, kawan akan ada apabila kita ketawa, tetapi kawan jadi debu bila sedih mula menguasi diri. Ada kaitan ke?




Hidup ini perlu selalu gembirakan diri sendiri kerana orang asing tidak akan mampu buat kita segembira ini berbanding keluarga. Tanpa mereka mungkin kita tidak ada pada tempat kita berdiri sekarang. Maka, gembirakan hati sendiri dahulu sebelum memikirkan orang lain, kerana manusia datang dan pergi, tapi keluarga tetap di sisi.

BBM3410Satu2019- Kalendar

Assalammualaikum wbt Saya mahu memuji diri sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi. Selama bermingu-minggu. Akhirnya saya berjaya m...