Sedih? Gembira? Menyampah? Semuanya sudah dialami sepanjang
aku berada di UPM. KIni semester 7 bakal melabuhkan tirai dan aku akan
menamatkan zaman pelajar aku di UPM. Apa yang akan aku rindukan? Aku akan rindu
setiap masa aku dengan rakan-rakan dan aku juga rindu dengan kelas-kelas subjek
yang pernah aku ambil. Susah senang sebagai seorang pelajar hanya kami keluarga
Bahasa Dan Linguistik Melayu sahaja yang tahu. Tambahan lagi, subjek-subjek HR (Pengurusan
Sumber) yang banyak sangat program dan kami ditimpa tugasan, tugasan dan
tugasan. Tapi macam aku cakap tadi, betapa getirnya jalan yang kamu lalui
sebelum ini sudah hamper sampai ke penghujungnya. Hanya berbaki beberapa minggu
sahaja lagi kami bakal berpisah. Tiada lagi terserempak di fakulti ataupun
kolej. Semua akan bawa diri masing-masing dan akan bertemu semasa sesi graduasi
tahun 2020 nanti InsyaAllah. Amin.
Apa aku hargai dalam semester 7 ini ialah, semangat
berkumpulan. Hasil daripada subjek Mutimedia Dalam Bahasa yang diajar oleh
Prof Dr Normaliza Abd Rahim sangat memberi impak sehingga munculnya satu
kumpulan production yang diberi nama GADIS TREX PRODUCTION. Segala sukar
nak buat video setiap minggu, selepas itu upload di youtube dengan nak hadap
wifi yang tidak beri kerjasama. Penubuhan production ini telah menerbitkan satu
ikatan yang sukar dijangkakan dengan perangai yang pelik-peliknya, yang
membebel masa video dirakam (nasib baik video tanpa suara. Actually akulah tu)
dan bateri kamera habislah. Tapi sampai ke penghujung ini kami tetap mampu melaksanakan
tugasan-tugasan Prof walaupun ditimpa tugasan-tugasan lain.
Kelas Prof sangat menarik kerana beliau mengajar kami erti
redha. Apabila kita redha maka keikhlasan akan terbit seperti terbitnya
matahari menyinari pagi yang indah. Cara pembelajaran Prof tidak memerlukan
buku sepanjang masa tapi kami dedahkan dengan banyak ilmu berkiatan media
sosial. Daripada subjek ini saya mula belajr menjadi seorang blogger dan kini
saya mempunyai akaun blog sendiri yang dahulunya saya tidak tahu apa itu Blog.
Saya juga belajar untuk menyunting video bagi enak mata melihat dan saya juga
kini mengerti bagaimana getirnya orang melakukan penggambaran. Tetapi inilah kenangan
yang paling terindah yang akan dirindukan.
Sepekara lagi, kelas ini akan dua kali seminggu dimana kelas
teori dan kelas amali. Kelas amali diajar oleh tutor kami En Akmal. Terima
kasih kerana sudi mengajar kami dan memberi tunjuk ajar apabila kami tidak
mengerti. Terima kasih juga bagi saya masuk kelas hari selasa walaupun nama
saya pada hari khamis. Tapi ini semua untuk menyiapkan tugasan Prof. Terima
kasih tutor sebab ajar kami gunakan Adobe Photoshop walaupun slow macam
kura-kuara. Terima kasih!!!
Didikan prof amat memberi impak kepada kami. Saya bersyukur
kerana menghabiskan sesi pembelajaran saya bersama kelas Prof kerana saya telah
peroleh banyak ilmu bahar sepanjang semester 7 ini. Terima kasih Prof! Terima
kasih tutor! Terima kasih Gadis Trex Production! Terima kasih keluarga
Multimedia dalam Bahasa!
#MissYouProf
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
ReplyDeleteKesempatan Menang Lebih Besar,
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802