Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Closed-Up (Gadis Trex Production)

Closed-Up

Apa itu closed-up ?
Jenis gambar closed-up adalah teknik fotografi yang memfokuskan objek sasaran atau menonjolkan objek tersebut. 

Closed-Up manusia

1. Emosi gembira



Gambar ini menunjukkan individu tersebut sedang gembira dan berdasarkan raut wajahnya, dia mungkin seorang yang sangat mudah terhibur. Closed-up diambil dengan jarak dekat kerana ingin memfokuskan raut wajahnya yang gembira serta gambar diambil hanya dari atas bahu hingga atas kepala sahaja. Jelas terpancar kegembiraannya, jadi mengapa perlu tertekan (stress)???.


2.  Emosi sedih





Gambar ini memaparkan kesedihan individu tersebut. Kenapa dikatakan gambar ini menunjukkan kesedihan?. Hal ini adalah kerana gambar closed-up yang diambil sudah jelas menampakkan air matanya dan raut wajahnya yang suram. Terdapat kemungkinan bahawa individu terbabit mungkin sedih rindukan seseorang yang jauh seperti keluarga.  Sabarlah, rindu kamu pasti terjawab. 


3. Emosi marah



Gambar ini menunjukkan individu tersebut ingin melepaskan perasaan marahnya. Kenapa?. Hal ini adalah kerana, raut wajahnya sudah cukup jelas mengambarkan dia ingin memarahi seseorang dan mungkin perasaan itu sudah lama tersemat, hanya tunggu masa untuk meletus sahaja. Bak kata pepatah "air yang tenang jangan disangka tiada buaya". Sekali marah dia meletus, mungkin boleh buat drama bersiri sebab terlalu banyak yang ingin dilepaskan dengan penuh rasa marah. Maka, berbuat baiklah kepada semua orang supaya mereka tenang bersama kita dan janganlah jadi seperti manusia bertalam dua muka kerana anda mungkin tidak hidup lama!.


Closed-Up bukan manusia

1.  Lebah dan bunga



Closed-up lebah dan bunga diambil dengan jarak yang dekat untuk menunjukkan bahawa sifat saling kebergantungan antara lebah dengan bunga sangat akrab dan saling melengkapi. Lebah merupakan serangga yang sangat berbisa namun tidak pernah sekalipun dia menyakiti bunga walaupun secarik kelopak. Lebah dengan tenang menghirup madu malah bunga pula berkembang dengan mekarnya. Begitu juga kehidupan berpasangan, awak bagi saya air, saya balas dengan senyuman, tapi kalau awak campak api, saya jadi malaikat penarik nyawa awak!. 

2. Daun dan air



Closed-up daun dan air diambil adalah kerana air pada bahagian atas daun itu sangat menarik perhatian. Air adalah keperluan asas yang wajib ada pada setiap kehidupan sama ada hidupan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa air apalah erti kehidupan ini sebenarnya. Manakala daun pula merupakan sumber tumbuhan hijau yang membekal oksigen kepada manusia dan hidupan lain. Sifat daun dan air ini juga boleh dikatakan saling berkait . Justeru itu, mengapa masih ada manusia yang mahu memusnahkan hutan sedangkan mereka ketahui bahawa banyak daun hijau yang mekar di dalamnya. Mereka sudah cukup oksigen agaknya.

3. Bunga


Warna kuning itu sendiri sudah melambangkan kesan kegembiraan, ketenangan, dan keceriaan. Tambahan pula ada sedikit campuran warna merah yang sememangnya melambangkan keberanian. Jadi, kita sebagai manusia hendaklah berani mencuba perkara-perkara baharu supaya kita keluar dari kepompong sendu. Apabila kita berani pasti kita akan memperoleh kepuasan, dan kepuasan memaparkan keceriaan. Oleh itu, closed up ini diambil kerana campuran warna yang sangat menarik dan boleh menimbulkan isu seperti di atas. Sedikit peringatan, tahap keberanian mencuba perkara baharu itu biarlah menjurus kepada perkara positif bukan negatif kerana diri kita terlalu berharga.



No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- Kalendar

Assalammualaikum wbt Saya mahu memuji diri sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi. Selama bermingu-minggu. Akhirnya saya berjaya m...