Monday, November 25, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)




Naskah Normaliza Bt Abd Rahim yang bertajuk “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” mengandunigi isi teori yang diguna pakai di dalam sesuatu bentuk kajian. Naskah ini mengandungi kajian wacana yang menumpukan kepada pengertian wacana itu sendiri. Wacana itu sendiri merujuk kepada sesuatu bentuk ujaran atau perlahiran bahasa yang dituturkan oleh manusia. Tambahan lagi, wacana akan menjadi utuh apabila melibatkan interaksi dua hala dan makna yang jelas. Kemudian, bab kedua mengandungi beberapa pendekatan dalam menganalisis wacana seperti teori analisis wacana Brown & Yule (1983), Stubbs (1983), Kritis VanDijk (1977), Normaliza Bad Rahim (2018), dan pendekatan analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018). Misalnya teori analisis kritis VanDijk (1977) yang memfokuskan kepada tiga struktur iaitu makro (makna global), superstruktur (kerangka) dan mikro (makna lokal) dalam kajian analisis wacananya. Seterusnya, bab tiga pula menganalisis tiga kajian wacana yang melibatkan wacana tekstual lirik lagu, cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak. Kajian wacana berikut banyak menumpukan kepada kanak-kanak autism di mana, kanak-kanak ini mempumyai masalah perkembangan saraf yang memberi kesan terhadap komunikasi mereka. Bab empat pula terkandung pengisian berkiatan startegi komunikasi. Strategi komunikasi ini dihuraikan berdasarkan beberapa pendapat para pengkaji dalam keberkesanan penggunaan strategi komunikasi, misalnya untuk golongan kanak-kanak yang mengujarkan dan berinteraksi dengan strategi yang berterusan.

Bab lima membincangkan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Taksonomi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengabaian mesej, pencapaian dan penanggguhan. Bab enam merupakan analisis strategi komunikasi dalam kanak-kanak dengan menggunakan taksonomi strategi komunikasi. Akhir sekali, bab tujuh pula adalah cadangan yang boleh diguna pakai untuk kajian wacana dan strategi komunikasi lain. Implikasi yang diperoleh daripada kajian-kajian daripada buku ini ialah bagaiamana untuk menganalisis wacana dengan tepat menggunakan teori dan pendekatan yang wajar bagi memperoleh keputusan yang bagus. Setiap ujaran yang dianalisi hendaklah mempunyai makna dan memberi rangsangan kepada pendengar kerana, ujaran ini melibatkan komu ikasi dua hala.

Rujukan :
1) Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UTM).


2)Brown, G., & Yule, G. (1983) Discourse Analysis. Cambridge: Cambridge University Press.

3)VanDijk, T.A. (1977). Text and Context: Explanations in the Seman
 tics and Pragmatics of Discourse. Londan: Longman.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- Kalendar

Assalammualaikum wbt Saya mahu memuji diri sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi. Selama bermingu-minggu. Akhirnya saya berjaya m...