Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Fotografi 2-Silhoutte, Bayang & Pendua

Assalammualaikum... Salam dari anak Melaka... 

Hari ini saya mahu berkongsi salah satu hasil kerja berkumpulan saya iaitu Video Fotografi 2 merupakan video pertama yang dihasilkan oleh Gadis Trex Production. Buat kali pertamanya kami bergabung untuk menghasilkan satu video yang mampu menepati ciri-ciri Prof tetapkan. Banyaklah cabaran yang dihadapi tidak termasuk hujan, panas, camera jatuh, dan anginnya lagi. Tapi kami tetap tunaikan amanah kami kepada Prof Dr Normaliza demi memperoleh keberkatan dengan ilmu yang dicurahkan. istilah mudahnya ialah kami REDHA.


Kami mempunyai satu akaun youtube dimana kesemua hasil kerja kami dipertontonkan disitu. Dalam video ini saya menghadapi cabaran apabila saya menjadi model silhouette dan bayang manusia dan objek. Nampak tak betapa gigihnya saya berlari untuk dapatkan bayang itu. Kredit kepada ahli kumpulan yang pantas menangkap foto ini walaupun saya terlari laju. 

 Ini sebalik tabir gambar silhoutte. Gigihnya cari angle yang sesuai. Demi Prof kami sanggup


Bertudung putih ialah pengarah Gadis Trex Production yang bijak mengatur kami sekumpulan. Masa ni di dan saya gigih mencari idea tentang gaya apalah kita nak buat ni.
Akhirnya, silhoutte Athirah menjadi hasil didikan dan cemuhan ahli Gadis Trex  Production.

Berdasarkan video ini, banyak benda baharu yang diperoleh sebenarya. Contohnya cara-cara ambil gambar silhoutte dan angle mana yang sesuai untuk mendapatkan hasil kerja atau gambar yang mampu menarik perhatian penonton. Maka saya telah sediakan link youtube kami untuk tontonan anda.

Klik link ini: https://www.youtube.com/watch?v=HEz9vYctOHM

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- Kalendar

Assalammualaikum wbt Saya mahu memuji diri sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi. Selama bermingu-minggu. Akhirnya saya berjaya m...