ULASAN BLOG DI DALAM KELAS BAHASA
Blog seperti sedia maklum adalah salah satu laman web yang
menghubungkan pentadbir blog dengan pembacanya. Menurut Ferdig & Trammell (2004),
menyatakan blog adalah medium dialog di antara penulis blog dengan penulis blog
yang lain serta pembacanya. Manakala Zaini (2012) pula, menyatakan penggunaan
blog sebenarnya mempu membentuk kemahiran menulis di dalam pembelajaran bahasa
serta membentuk kemahiran menulis. Maka, peluang untuk penulis blog belajar
istilah dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan
cara susunan penulisan mereka. Penerbitan blog adalah bertujuan untuk seseorang
penulis memberikan idea atau berkongsi cerita kepada pembaca memandangkan blog
ini bersifat privasi. Dapat disimpulkan penulisan blog mampu melatih diri
penulis agar menulis dengan lebih baik dan fleksibel.
Penghasilan jalan cerita blog yang bagus mampu menarik minat
pembaca. Misalnya, menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menyatakan beberapa cara
menulis blog dengan baik. Pertama, Tajuk yang menarik yang boleh menarik
perhatian pembaca. Kedua, Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Ketiga, Masukkan ayat humor yang berbentuk jenaka untuk menjadikannya menarik.
Keempat, penulisan hendaklah dihuraikan dalam hujah yang baik. Kelima, kaitkan
penulisan dengan berita terkini (isu semasa). Keenam, penggunaan perkataan dan
struktur ayat yang ringkas. Ketujuh, mudah dibaca dan difaham. Kelapan, blog
mempunyai komunikasi dua hala dengan pembaca. Kesembilan, memasukkan moral dan
nilai estetika dalam penulisan. Akhir sekali, penulisan blog hendaklah berilmu
bagi penulisan yang berbentuk pendidikan. Justeru itu, bagi menghasilkan blog
yang bagus, penulis hendaklah merancang dan menyusun atur semula perkara yang
ingin dikupas.
Berdasarkan buku Eh!!! Media Sosial, satu kajian
telah dijalankan berkaitan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan
pembelajaran multimedia. Bagi genre kesusasteraan yang merujuk kepada puisi,
cerpen, skrip drama dan pantun, peratus bagi wanita lebih tinggi dalam menulis
puisi di dalam blog mereka berbending responden lelaki. Jelas bahawa wanita
memang seperti kita ketahui gemar menggunkan bahasa-bahasa yang indah dan
tersembunyi di dalam sesebuah percakapannya. Kebanyakan responden wanita lebih
gemar di dalam setiap penulisan kerana kajian terhadap penulisan puisi, cerpen,
skrip drama dan pantun menunjukkan peratus wanita lebih tinggi berbanding
lelaki. Maka, tidak hairanlah jika peratus bagi wanita lebih tinggi berbanding
lelaki. Setiap responden yang dikaji lebih gemar menggunakan bahasa pilihan
kerana setiap kata yang dipertontonkan adalah lahir dari jiwanya, maka tercipta
puisi-puisi sebegitu.
Peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa menunjukkanperatus
responden wanita lebih tinggi berbanding responden lelaki dalam penulisan
surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Hal
ini terjadi kerana reponden gemar menulis surat di dalam blog kerana
memberikannya kepuasan. Responden wanita juga gemar meluahkan perasaan kerana
ingin meluahkan perasaannya sehari-hari. Manakala, terdapat responden yang
gemar menulis teka-teki di dalam blognya kerana berasa teruja untuk
menyelesaikannya.
Tambahan lagi, penulisan blog membantu responden dalam proses
pembelajaran teknologi. Pembelajaran ini memfokuskan kepada video, audio dan
gambar. Kajian menunjukkan peratus responden lelaki dan wanita gemar memasukkan
video dan audio di dalam blog mereka. Hal ini adalah kerana lagu dapat menenangkan
fikiran manusia yang lagi beremosi. Manakala, responden wanita lebih gemar
meletakkan gambar di dalam blog berbanding lelaki.
Tuntasnya, penulisan blog mampu membantu seseorang meningkatkan
keyakinan diri dan mudah meningkatkan perubahan dari segi penulisan di dalam
blog. Seseorang itu akan menjadi minat untuk menulis pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment