
Seterusnya, bab
empat menerangkan Instagram menghasilkan satu cerita pendek yang mampu membantu
pengajar terutamanya untuk mencipta sukatan pelajaran baharu dengan penggunaan
teknologi baharu. Manakala bab lima, menerangkan e-mel sebagai sistem computer yang
memindahkan maklumat dalam kalangan pengguna secara cepat, mudah dan
menjimatkan kos (Crystal, 2002). Selain itu, bab enam pula, blog di dalam kelas
bahasa mampu membentuk keyakinan diri individu (Nadzrah Abu Bakar et al.
(2010). Bab tujuh menyatakan isu tidak dapat diatasi jika pengguna
terus-terusan menggunakan perkataan yang salah dalam rangkaian sosial dan
perkara ini perlu dipertimbangkan. Bab yang terakhir, implikasi pedagogi yang
menjelaskan rangkaian sosial menawarkan peluang untuk pembelajaran bahasa yang
berkesan untuk sesuatu pengukuhan.
Implikasi yang
diperoleh daripada buku ini ialah media sosial bukanlah satu medium yang
penggunanya teru-terusan menggunakan perkataan yang salah tetapi sebagai medium
pembelajaran yang berkesan sewajarnya.
Rujukan:
Crystal, D.
(2002). Language and the Internet. Cambridge University Press
Karpati, A.
(2009). Web 2 Technologis for Net Native Language Learners: A “Social Call”.
ReCALL, 21(2): 139-156.
Nadzrah Abu
Bakar, Hafizah Latif, & Azizah Ya’acob. (2010). ESL Students Feedback on
the Use of blogs for Language Learning. 3L The Southeast Asian Journal of
English Language Studies, 16(1): 120-141.
Noraien Mansor
& Normaliza Abd Rahim, (2019). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu:
UMT Publisher
No comments:
Post a Comment