SUATU KETIKA
Keluarga yang lengkap adalah satu impian yamg tidak semua
manusia boleh kecapi. Terutamanya saya. Mengapa? Kerana sebelum saya sempat
menunjukkan kejayaan saya pada orang tua saya, dia telah pergi dijemput illahi.
Dia seorang hero, hero yang tidak akan membuat hati anak wanita menangis
walaupun sesaat. Dia yang bertungkus lumus dibawah terik matahari untuk
keselesaan isteri dan anak-anaknya. Tapi, penghujung Ramadhan itu telah
menjadikan suasan hari raya itu sepi. Menjelang hari raya ketika itu, tiada
tangan seoarang yang bergelar ayah untuk disalam meminta ampun. Dia pergi pada
bulan yang sangat mulia dan dia sempat menghabiskan ibadah puasanya. Sehingga
kini, suasana pagi syawal tidak lagi seperti dulu. Hanya tawa yang suram
kedengaran dan senyuman kelat kelihatan.
Sehingga hari ini hanya mak sahaja
yang kami ada dan takkan kami sia-siakan masa yang ada ini. Semoga masa yang
ada ini dapat kami adik beradik berbakti kepadanya dan membanggakan dia di
sana. Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment