Thursday, October 10, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


ULASAN BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Blog seperti sedia maklum adalah salah satu laman web yang menghubungkan pentadbir blog dengan pembacanya.  Menurut Ferdig & Trammell (2004), menyatakan blog adalah medium dialog di antara penulis blog dengan penulis blog yang lain serta pembacanya. Manakala Zaini (2012) pula, menyatakan penggunaan blog sebenarnya mempu membentuk kemahiran menulis di dalam pembelajaran bahasa serta membentuk kemahiran menulis. Maka, peluang untuk penulis blog belajar istilah dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan penulisan mereka. Penerbitan blog adalah bertujuan untuk seseorang penulis memberikan idea atau berkongsi cerita kepada pembaca memandangkan blog ini bersifat privasi. Dapat disimpulkan penulisan blog mampu melatih diri penulis agar menulis dengan lebih baik dan fleksibel.

Penghasilan jalan cerita blog yang bagus mampu menarik minat pembaca. Misalnya, menurut Normaliza Abd Rahim (2014) menyatakan beberapa cara menulis blog dengan baik. Pertama, Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Kedua, Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Ketiga, Masukkan ayat humor yang berbentuk jenaka untuk menjadikannya menarik. Keempat, penulisan hendaklah dihuraikan dalam hujah yang baik. Kelima, kaitkan penulisan dengan berita terkini (isu semasa). Keenam, penggunaan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Ketujuh, mudah dibaca dan difaham. Kelapan, blog mempunyai komunikasi dua hala dengan pembaca. Kesembilan, memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan. Akhir sekali, penulisan blog hendaklah berilmu bagi penulisan yang berbentuk pendidikan. Justeru itu, bagi menghasilkan blog yang bagus, penulis hendaklah merancang dan menyusun atur semula perkara yang ingin dikupas.

Berdasarkan buku Eh!!! Media Sosial, satu kajian telah dijalankan berkaitan pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia. Bagi genre kesusasteraan yang merujuk kepada puisi, cerpen, skrip drama dan pantun, peratus bagi wanita lebih tinggi dalam menulis puisi di dalam blog mereka berbending responden lelaki. Jelas bahawa wanita memang seperti kita ketahui gemar menggunkan bahasa-bahasa yang indah dan tersembunyi di dalam sesebuah percakapannya. Kebanyakan responden wanita lebih gemar di dalam setiap penulisan kerana kajian terhadap penulisan puisi, cerpen, skrip drama dan pantun menunjukkan peratus wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Maka, tidak hairanlah jika peratus bagi wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Setiap responden yang dikaji lebih gemar menggunakan bahasa pilihan kerana setiap kata yang dipertontonkan adalah lahir dari jiwanya, maka tercipta puisi-puisi sebegitu.

Peratusan cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa menunjukkanperatus responden wanita lebih tinggi berbanding responden lelaki dalam penulisan surat, meluahkan perasaan dan juga melalui pemikiran kritis daripada blog. Hal ini terjadi kerana reponden gemar menulis surat di dalam blog kerana memberikannya kepuasan. Responden wanita juga gemar meluahkan perasaan kerana ingin meluahkan perasaannya sehari-hari. Manakala, terdapat responden yang gemar menulis teka-teki di dalam blognya kerana berasa teruja untuk menyelesaikannya.

Tambahan lagi, penulisan blog membantu responden dalam proses pembelajaran teknologi. Pembelajaran ini memfokuskan kepada video, audio dan gambar. Kajian menunjukkan peratus responden lelaki dan wanita gemar memasukkan video dan audio di dalam blog mereka. Hal ini adalah kerana lagu dapat menenangkan fikiran manusia yang lagi beremosi. Manakala, responden wanita lebih gemar meletakkan gambar di dalam blog berbanding lelaki.

Tuntasnya, penulisan blog mampu membantu seseorang meningkatkan keyakinan diri dan mudah meningkatkan perubahan dari segi penulisan di dalam blog. Seseorang itu akan menjadi minat untuk menulis pada masa hadapan.

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA



SUATU KETIKA



Keluarga yang lengkap adalah satu impian yamg tidak semua manusia boleh kecapi. Terutamanya saya. Mengapa? Kerana sebelum saya sempat menunjukkan kejayaan saya pada orang tua saya, dia telah pergi dijemput illahi. Dia seorang hero, hero yang tidak akan membuat hati anak wanita menangis walaupun sesaat. Dia yang bertungkus lumus dibawah terik matahari untuk keselesaan isteri dan anak-anaknya. Tapi, penghujung Ramadhan itu telah menjadikan suasan hari raya itu sepi. Menjelang hari raya ketika itu, tiada tangan seoarang yang bergelar ayah untuk disalam meminta ampun. Dia pergi pada bulan yang sangat mulia dan dia sempat menghabiskan ibadah puasanya. Sehingga kini, suasana pagi syawal tidak lagi seperti dulu. Hanya tawa yang suram kedengaran dan senyuman kelat kelihatan.

Sehingga hari ini hanya mak sahaja yang kami ada dan takkan kami sia-siakan masa yang ada ini. Semoga masa yang ada ini dapat kami adik beradik berbakti kepadanya dan membanggakan dia di sana. Al-fatihah.


BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH



Belajar adalah satu tuntutan yang wajib bagi semua manusia. Setiap manusia perlu mempunyai ilmun agar mereka tahu hendak membezakan sesuatu perkara itu kerana ilmu itu merupakan kayu ukur. Allah SWT sendiri pernah mengangkat orang-orang berilmu dengan beberapa darjat. Seperti dalam firmannya:

                         يَرْفَعِ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ 

Bermaksud :
 “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. [al-Mujadalah:11]

Maka, mari kita belajar kerana belajar itu sudah sememangnya mudah jadi mengapa perlu kita merumitkan. Jika kita berusaha dan mengaplikasikan belajr itu pasti cerah masa depan kita kelak. JIka susah untuk menghafal buatlah point ringkas yang boleh dibawa kemana-mana agar kita sentiasa ingat. Jadi apabila kita disoal kita pasti dapat menjawab. Seperti kita mengingati ayat-ayat di dalam solat harian kita.

Ilmu itu lebih penting daripada harta, tiada ilmu maka tiadalah harta.



Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Birds eye Views (Gadis Trex Production)

Birds Eye Views

APA???


Bird eye view adalah sudut pandang dalam potret yang sama dengan penglihatan mata seekor burung yang sedang terbang. Hasil gambar ini adalah berdasarkan sudut atas atau berapa ketinggian yang diambil untuk menunjukkan bird eye view.

3 Gambar Bird Eye Views


Sudut pandangan ini jelas bahawa, gambar tersebut cuba untuk menunjukkan apa yang seekor burung lihat dari sudut pandangan yang tinggi. Dapat kita lihat, susunan motor yang parkir itu tersusun kemas dan dedaun kering yang berselerak. 



Pengambilan gambar bird eye views telah membuktikan bahawa kita boleh melihat secara terperinci apa yang ada pada sekeliling kita tanpa kita sedari. Pada gambar ini, dapat dilihat ada kolam dan kerusi-kerusi rehat yang tersusun rapi. Jauh merantau, luas pemandangan. 



Malaysia dan kereta berpisah tiada, terutamanya di kawasan bandar. Hal ini menyebabkan kesesakan lalu lintas yang berjam-jam dan boleh menyebabkan kemalangan akibat kecuaian pemandunya. Dari sudut pandangan atas, kita dapat lihat pelbagai benda, mislanya kereta, motorsikal dan pejalan kaki. Perkara ini adalah saling kebergantungan kerana tanpa kenderaan siapa mahu melaui jalan raya dan tanpa pejalan kaki, apalah erti gaya hidup sihat. Renung-renungkanlah dan selamat beramal.

BBM3410Satu2019: Over the Shoulder (Gadis Trex Production)

OVER THE SHOULDER

Pengambilan gambardari sudut bahu seseorang individu, dan di dalam gambar tersebut mestilah ada bahu si pelaku itu. Seolah-olah mengambil gambar pandangan mata si pelaku yang meminjamkan bahunya itu.


3 Gambar over the shoulder


Keseluruhan mereka ingin swafoto bersama-sama dan ada beberapa yang masih belum bersedia. Masih sempat minum air sebelum berswafoto. Keakraban mereka sangat terselah berdasarkan kegembiraan yang kita sendiri dapat lihat dengan mata kasar. Kawan biar beribu, musuh jangan sekali.



Sinaran matahari pagi telah menyinari sekelompok manusia ini. Sinaran matahari yang makin tinggi telah memberi respon kepada beberapa orang disitu untuk menutupi matanya. Mungkin disebabkan silauan cahaya. Segelintir mereka juga mungkin sedang meneliti gambar yang telah diambil kerana pemandangan di sana sangat cantik jika pandai manfaat pemandangan tersebut dengan mengguakan kamera yang sesuai. Bak kata pepatah "bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat".



Mendaki bukit ke tu? Mungkin mereka ini telah berjanji untuk meluangkan masa bersama di bukit. Ada kemungkinan sussana pada ketika itu pagi, maka masa inilah mereka sempat melihat betapa indahnya ciptaan Allah SWT. Mereka diibaratkan seperti isi dan kuku. Hal ini adalah kerana keakraban mereka jelas terlihat. 

BBM3410Satu2019: Mug shot (Gadis Trex Production)



MUG SHOT

Gambar mug shot sering digunakan untuk tujuan rekod polis. Hal in adalah kerana mug shot memaparkan gambar muka yang sangat terperinci dan boleh diambil dari pelbagai sudut misalnya, sisi tepi.


Mug shot manusia



Perasaan marah ditambah pula dengan kecewa membuatkan individu terbabit merasakan dirinya serba tidak kena. Emosi marah itu dilambangkan dengan kesedihan. Mungkin individ di atas mengalami masalah seperti dengan rakan. Misalnya, rakan yang menjaja cerita berkaitan diri kita walhal dia adalah rakan kepercayaan kita. Apabila menjadi begini, perasaan marah dan sedih bercampur baur. Namun begitu, individu di atas sedang cuba melepaskan marahnya. Baru sepatah bersuara, boleh terdengar di IOI City Mall, Putrajaya.



Dia mencuba menyembunyikan kesedihan itu namun dia sendiri tidak mampu bertahan. Hiba sungguh perasaan kakak ini. Mungkin sedang menangisi sesuatu kepahitan yang amat sakit sehingga tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Betullah apa orang kata, kawan akan ada apabila kita ketawa, tetapi kawan jadi debu bila sedih mula menguasi diri. Ada kaitan ke?




Hidup ini perlu selalu gembirakan diri sendiri kerana orang asing tidak akan mampu buat kita segembira ini berbanding keluarga. Tanpa mereka mungkin kita tidak ada pada tempat kita berdiri sekarang. Maka, gembirakan hati sendiri dahulu sebelum memikirkan orang lain, kerana manusia datang dan pergi, tapi keluarga tetap di sisi.

BBM3410Satu2019: Medium shot (Gadis Trex Production)

Medium Shot


Pengambilan gambar medium shot adalah lebih sempit berbanding gambar long shot dan gambar objek tidak sepenuhnya di dalam area frame.

Medium shot manusia


Perempuan dan barangan wanita seperti beg tangan berpisah tiada. Latar belakang pokok di belakang gadis itu sangat menarik perhatian dan kontra warna juga sesuai di dalam gambar ini. Entah apa sajalah yang hendak dicari agaknya. Mesti cari barangan make-up, banyak lagi hendak digayakan di depan sana. Nak pakai gincu sikit je. 



Ini adalah situasi di mana, bila tengah berjalan masa itulah kawan hendak ambilkan gambar. Nasib baik gambar menjadi, kalau masa pusing ada orang di belakang? Mahu berlanggar ala-ala hindustan kakak itu. Kakak di dalam gambar ini juga seolah-olah sedang menikmati hari-hari cutinya dengan aman. Sokongan tumbuh-tumbuhan dan langit membiru telah membantu kakak ini menikmati keindahan hari tersebut. 



Kakak ini pasti periang orangnya, pantang kawan panggil, senyum sahaja. Mungkin dia lebih arif akan rakannya yang suka mengambil gambar yang tidak sedia. Senyuman itu sedekah, manalah tahu tersenyum jodoh. tahu-tahu tahun depan dapat kad jemputan lah kita!!


Medium shot pemandangan



Warna identiti alam yang melambangkan kesegaran serta kedamaian. Tahukah anda cara mengurangkan tekanan dalam diri? Hah! Pasti tidak tahu bukan? Jika anda mengalami tekanan diri, pergilah mencari keindaham alam yang menghijau, kerana warna hijau sangat membantu dalam keseimbangan emosi dan memiliki nilai yang tersendiri. Nili tersendiri itu bermkasud, warna hijau mampu memberikan kesan kesegaran. 



Langit mendung menandakan cuaca hujan akan berlaku. Awan terus berarak merentasi masa dan sempadan malah pergunugan. Dalam suasana yang sepi tanpa kenderaan maka terhasilah satu gambar medium shot pemandangan di pekan Fukuoka, Jepun. Jalan raya di Jepun tiada sedikit pun lubang atau kesan tampalan jalan tar. Serba serbi pemandangan di Jepun sangat damai. 



Mengapa bersedih? Bosan? Mari kita pergi taman tema permainan untuk dewasa. Manalah tahu dapat kurangkan tekanan sebagai pelajar tahun akhir. Roller coaster kalau naik pun rasa puas sebab dapat makan angin. Banyak main banyak jugalah pulusnya. Biasalah marketing katakan. Sabarlah.





BBM3410Satu2019: Long shot (Gadis Trex Production)

APA ITU LONG SHOT?
Long shot merupakan teknik asas fotografi yang diambil dengan area frame yang lebar atau latar belakang objek utama juga ditangkap.


Long shot manusia



Fokus utama bagi gambar long shot ini adalah seorang gadis yang sesat serta tiada hala tuju di hadapan bangunan yang tampak menarik reka bentuknya itu. Long shot ini sangat menarik kerana kombinasi warna semula jadi yang menenangkan dan menerbitkan unsur kedamaian. Saya ada berpesan kepada gadis itu, malu bertanya sesat jalan. Namun, gadis itu masih tetap mencari hala tujunya sendiri.Jadi kita biarkanlah. 



Manakala long shot yang ini pula, menfokuskan kepada gadis yang sedang berjalan tersebut. Gadis tersebut mungkin sedang menikmati masa cutinya berseorangan di tepi pantai. Mungkin berseorangan lebih baik daripada berdua, kerana jika berdua pasti ada yang ketiga, ibarat racun perosak. Jadi, anda rasa gadis itu ada masa untuk sakit kepala?



Mungkin kakak itu mencari tuan empunya basikal. Kesian kakak itu berlari sebab takut tidak dapat sewa basikal tersebut. Ada kemungkinan juga, kakak itu datang dari jauh untuk melawat Putrajaya dan mungkin dia mohon cuti hanya untuk pergi ke Putrajaya. Tapi mahu naiki basika namunl tuannya pula tiada. Long shot ini diambil kerana keseimbangan latar belakang tersebut. Maka, cubalah mohon untuk membuka gerai air di situ, mana tahu boleh menjana pendapatan.


Long shot pemandangan




Suasana matahari terbit pada awal pagi di Fukuoka, Jepun telah menghasilkan kontra warna yang sangat menarik. Tambahan lagi, tahap kebersihan sangat cekap telah menjadikan long shot ini berjaya. Di Jepun, perkara paling susah dijumpai ialah sampah dan walaupun matahari sudah terpacak pada waktu tengah hari, namun cuaca masih sejuk. Boleh dipendekkan cerita pemandangan di sana sangat cantik. Jika dijaga, baiklah ia.



Satu perkara yang bagus dengan Jepun ini ialah mereka lebih gemar menaiki pengangkutan awam  seperti kereta api berbanding membawa kenderaan sendiri. Oleh hal demikian, tahap kesihatan adalah sangat baik di sana kerana mereka lebih gemar berjalan kaki jika hendak ke mana-mana. Maka, marilah kita semua memulakan langkah menuju kepada cara gaya hidup sihat. Jangan tahu makan sahaja bila bosan. Macam saya.



Long shot ini diambil dari sudut PICC, Putrajaya. Saban hari di Malaysia kadar penggunaan kereta sendiri makin meningkat dan pembangunan juga makin giat membangun. Banyak kesan yang perlu diambil kira untuk modal insan yang akan datang. Pemandangan di Putrajaya sememangnya penuh dengan kehijauan dan kebiruan tasik. Oleh hal yang demikian, gambar long shot ini menjadi menarik dengan tambahan kereta yang merentasi jalan raya. Cantik pula bentuk awan  dalam gambar ini. Mari kita bagi sel-sel otak kita berhubung, jika anda kreatif cuba senaraikan satu bentuk daripada salah satu awan itu. Saya nampak anak gajah pada awan sebalah kiri gambar. Anda?




BBM3410Satu2019: Closed-Up (Gadis Trex Production)

Closed-Up

Apa itu closed-up ?
Jenis gambar closed-up adalah teknik fotografi yang memfokuskan objek sasaran atau menonjolkan objek tersebut. 

Closed-Up manusia

1. Emosi gembira



Gambar ini menunjukkan individu tersebut sedang gembira dan berdasarkan raut wajahnya, dia mungkin seorang yang sangat mudah terhibur. Closed-up diambil dengan jarak dekat kerana ingin memfokuskan raut wajahnya yang gembira serta gambar diambil hanya dari atas bahu hingga atas kepala sahaja. Jelas terpancar kegembiraannya, jadi mengapa perlu tertekan (stress)???.


2.  Emosi sedih





Gambar ini memaparkan kesedihan individu tersebut. Kenapa dikatakan gambar ini menunjukkan kesedihan?. Hal ini adalah kerana gambar closed-up yang diambil sudah jelas menampakkan air matanya dan raut wajahnya yang suram. Terdapat kemungkinan bahawa individu terbabit mungkin sedih rindukan seseorang yang jauh seperti keluarga.  Sabarlah, rindu kamu pasti terjawab. 


3. Emosi marah



Gambar ini menunjukkan individu tersebut ingin melepaskan perasaan marahnya. Kenapa?. Hal ini adalah kerana, raut wajahnya sudah cukup jelas mengambarkan dia ingin memarahi seseorang dan mungkin perasaan itu sudah lama tersemat, hanya tunggu masa untuk meletus sahaja. Bak kata pepatah "air yang tenang jangan disangka tiada buaya". Sekali marah dia meletus, mungkin boleh buat drama bersiri sebab terlalu banyak yang ingin dilepaskan dengan penuh rasa marah. Maka, berbuat baiklah kepada semua orang supaya mereka tenang bersama kita dan janganlah jadi seperti manusia bertalam dua muka kerana anda mungkin tidak hidup lama!.


Closed-Up bukan manusia

1.  Lebah dan bunga



Closed-up lebah dan bunga diambil dengan jarak yang dekat untuk menunjukkan bahawa sifat saling kebergantungan antara lebah dengan bunga sangat akrab dan saling melengkapi. Lebah merupakan serangga yang sangat berbisa namun tidak pernah sekalipun dia menyakiti bunga walaupun secarik kelopak. Lebah dengan tenang menghirup madu malah bunga pula berkembang dengan mekarnya. Begitu juga kehidupan berpasangan, awak bagi saya air, saya balas dengan senyuman, tapi kalau awak campak api, saya jadi malaikat penarik nyawa awak!. 

2. Daun dan air



Closed-up daun dan air diambil adalah kerana air pada bahagian atas daun itu sangat menarik perhatian. Air adalah keperluan asas yang wajib ada pada setiap kehidupan sama ada hidupan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Tanpa air apalah erti kehidupan ini sebenarnya. Manakala daun pula merupakan sumber tumbuhan hijau yang membekal oksigen kepada manusia dan hidupan lain. Sifat daun dan air ini juga boleh dikatakan saling berkait . Justeru itu, mengapa masih ada manusia yang mahu memusnahkan hutan sedangkan mereka ketahui bahawa banyak daun hijau yang mekar di dalamnya. Mereka sudah cukup oksigen agaknya.

3. Bunga


Warna kuning itu sendiri sudah melambangkan kesan kegembiraan, ketenangan, dan keceriaan. Tambahan pula ada sedikit campuran warna merah yang sememangnya melambangkan keberanian. Jadi, kita sebagai manusia hendaklah berani mencuba perkara-perkara baharu supaya kita keluar dari kepompong sendu. Apabila kita berani pasti kita akan memperoleh kepuasan, dan kepuasan memaparkan keceriaan. Oleh itu, closed up ini diambil kerana campuran warna yang sangat menarik dan boleh menimbulkan isu seperti di atas. Sedikit peringatan, tahap keberanian mencuba perkara baharu itu biarlah menjurus kepada perkara positif bukan negatif kerana diri kita terlalu berharga.



BBM3410Satu2019- Kalendar

Assalammualaikum wbt Saya mahu memuji diri sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi. Selama bermingu-minggu. Akhirnya saya berjaya m...