Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Long shot (Gadis Trex Production)

APA ITU LONG SHOT?
Long shot merupakan teknik asas fotografi yang diambil dengan area frame yang lebar atau latar belakang objek utama juga ditangkap.


Long shot manusia



Fokus utama bagi gambar long shot ini adalah seorang gadis yang sesat serta tiada hala tuju di hadapan bangunan yang tampak menarik reka bentuknya itu. Long shot ini sangat menarik kerana kombinasi warna semula jadi yang menenangkan dan menerbitkan unsur kedamaian. Saya ada berpesan kepada gadis itu, malu bertanya sesat jalan. Namun, gadis itu masih tetap mencari hala tujunya sendiri.Jadi kita biarkanlah. 



Manakala long shot yang ini pula, menfokuskan kepada gadis yang sedang berjalan tersebut. Gadis tersebut mungkin sedang menikmati masa cutinya berseorangan di tepi pantai. Mungkin berseorangan lebih baik daripada berdua, kerana jika berdua pasti ada yang ketiga, ibarat racun perosak. Jadi, anda rasa gadis itu ada masa untuk sakit kepala?



Mungkin kakak itu mencari tuan empunya basikal. Kesian kakak itu berlari sebab takut tidak dapat sewa basikal tersebut. Ada kemungkinan juga, kakak itu datang dari jauh untuk melawat Putrajaya dan mungkin dia mohon cuti hanya untuk pergi ke Putrajaya. Tapi mahu naiki basika namunl tuannya pula tiada. Long shot ini diambil kerana keseimbangan latar belakang tersebut. Maka, cubalah mohon untuk membuka gerai air di situ, mana tahu boleh menjana pendapatan.


Long shot pemandangan




Suasana matahari terbit pada awal pagi di Fukuoka, Jepun telah menghasilkan kontra warna yang sangat menarik. Tambahan lagi, tahap kebersihan sangat cekap telah menjadikan long shot ini berjaya. Di Jepun, perkara paling susah dijumpai ialah sampah dan walaupun matahari sudah terpacak pada waktu tengah hari, namun cuaca masih sejuk. Boleh dipendekkan cerita pemandangan di sana sangat cantik. Jika dijaga, baiklah ia.



Satu perkara yang bagus dengan Jepun ini ialah mereka lebih gemar menaiki pengangkutan awam  seperti kereta api berbanding membawa kenderaan sendiri. Oleh hal demikian, tahap kesihatan adalah sangat baik di sana kerana mereka lebih gemar berjalan kaki jika hendak ke mana-mana. Maka, marilah kita semua memulakan langkah menuju kepada cara gaya hidup sihat. Jangan tahu makan sahaja bila bosan. Macam saya.



Long shot ini diambil dari sudut PICC, Putrajaya. Saban hari di Malaysia kadar penggunaan kereta sendiri makin meningkat dan pembangunan juga makin giat membangun. Banyak kesan yang perlu diambil kira untuk modal insan yang akan datang. Pemandangan di Putrajaya sememangnya penuh dengan kehijauan dan kebiruan tasik. Oleh hal yang demikian, gambar long shot ini menjadi menarik dengan tambahan kereta yang merentasi jalan raya. Cantik pula bentuk awan  dalam gambar ini. Mari kita bagi sel-sel otak kita berhubung, jika anda kreatif cuba senaraikan satu bentuk daripada salah satu awan itu. Saya nampak anak gajah pada awan sebalah kiri gambar. Anda?




No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- Kalendar

Assalammualaikum wbt Saya mahu memuji diri sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi. Selama bermingu-minggu. Akhirnya saya berjaya m...