Kini, blog amat dikenali sebagai
satu media online yang sangat berpengaruh dalam menyuarakan sesuatu pendapat
atau buah fikiran. Menurut Li & Chignell (2010) dalam Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), blog merupakan salah satu
rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog membenarkan pengguna untuk
berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Namun, menurut Normaliza Abd Rahim
(2014) dalam Noraien
Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) pula, blog merupakan satu medium
perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.
Setiap sesuatu yang hendak
dilakukan mestilah ada peraturannya, sama juga seperti penulisan blog di mana
mempunyai etika penulisannya yang tersendiri bagi menghasilkan blog yang baik.
Pertama, tajuk merupakan aspek
terpenting dalam setiap penulisan terutamanya penulisan blog. Tajuk yang
dikarang hendaklah tajuk yang mampu menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaannya.
Tajuk juga hendaklah selari dengan isu semasa jika isu tersebut ingin mengupas
tentang isu disekelilingnya. Misalnya, “Tak Heran digelar Mat Bunga”. Berdasarkan
tajuk ini, sudah pasti pembaca akan tertanya-tanya, siapa?, kenapa mat bunga? dan
mengapa dia menjadi begitu?. Justeru itu, pembaca kan terus meneruskan
pembacaannya tanpa berlengah masa lagi.
Kedua, cerita yang menarik di
dalam penulisan blog. Cerita yang dapat menarik hati pembaca wujud daripada
tajuk yang dilihat dan persoalan yang bermain di minda mereka yang membuatkan
mereka ingin terus membaca. Oleh itu, pembaca akan terus tertarik untuk terus
membaca sehingga ke akhir penceritaan. Penulisan blog yang baik terhasil
daripada imaginasi penulis yang seolah-olah bercakap dengan seseorang misalnya
dengan pembaca itu sendiri.
Ketiga, penulisan blog yang baik
juga adalah apabila penulis memasukkan unsur jenaka atau ayat humor di dalam
blognya. Hal ini mampu menarik hati pembaca untuk terus meminati penulisan blog
tersebut. Ayat humor ini mungkin berunsurkan sdikit fakta yang diwarnai dengan
sedikit emosi serta contoh-contoh yang sesuai dalam menghuraikan fakta-fakta
yang dinyatakan. Hal ini adalah kerana untuk menyelitkan unsur humor seperti
sedih, gembira atau terharu dalam membawa pembaca untuk berfikir dan membuat
kesimpulannya sendiri.
Keempat, penulis hendaklah
memastikan hujah yang terbaik dalam menghuraikan penulisan tersebut. Hujah yang
baik adalah berdasarkan perenggan kerana perenggan yang pertama adalah penyebab
utama untuk perenggan seterusnya hendak dibaca atau tidak oleh pembaca. Misalnya,
pada perenggan pertama pembaca menganggap penulisannnya sangat bosan dan
penulis meletakkan kata kunci jawapan artikel pada perenggan pertama. Maka,
perenggan seterusnya tidak akan dibaca kerana jawapannya sudah ditemui.
Kelima, di bahagian pertama sudah
saya perjelaskan, di mana tajuk hendaklah berkait dengan isu semasa, sama juga
dalam penulisan blog yang baik pada perenggan yang seterusnya. Jika di dalam
penulisan tersebut memerlukan fakta atau statistik maka penulis perlu
memasukkannya supaya pembaca lebih yakin dengan fakta yang diutarakan oleh
penulis blog tersebut.
Keenam, setiap penulisan blog
yang dibaca oleh pembaca hendaklah ringkas namun padat dengan isi yang kukuh. Penulisan
ini akan menjadi penulisan terbaik jika perkataan dan struktur yang digunakan
tersusun dan mudah difahami. Penulis hendaklah menjauhi penulisan yang teralu
formal dan tidak formal. Penulis perlu bijak untuk mengimbangi perkara
tersebut. Kebiasaannya, pembaca lebih menikmati pembacaan blog yang gaya
penulisannnya separuh santai kerana mudah difahami oleh mereka si pembaca.
Ketujuh, penulisan yang baik
adalah penulisan yang dibaca dan difahami. Justeru itu, penulis hendaklah
menjaga pilihan perkataan, jaga setiap ejaan dan tatabahasa. Pembaca tidak
gemar membaca penulisan blog yang penuh dengan kesalahan ejaan atau tatabahasa kerana
jika itu terjadi, pembaca kena berfikir lebih lagi untuk memahami penulisan
tersebut. Namun, penulis tidak perlu menulis secara sempurna kerana bukan semua
pembaca pakar atau guru bahasa. Dalam dunia ini juga tiada yang sempurna.
Kelapan, setiap penulisan blog
yang ditulis oleh penulis hendaklah merangkumi unsur persoalan.. hal ini kerana
bagi mewujudkan komunikasi di antara pembaca dengan penulis. Apabila pembaca
untuk memahami akan persoalan yang diwujudkan, maka pembaca akan lebih berfikir
apa? Bagaimana? dan kenapa? Bagi pembacaan yang seterusnya. Hal ini sudah
mewujudkan komunikasi diantara penulis blog dan pembaca.
Kesembilan, setiap penulisan akan
menjadi baik jika diselitkan dengan moral dan nilai estetika di dalam karya penulisan
tersebut. Hal ini dapat merangsang pemikiran pembaca untuk muhasabah diri
berdasarkan penceritaan penulisan blog yang baharu dibaca. Unsur moral atau
nilai estetika yang dimasukkan oleh penulis hendaklah dijauhi unsur yang
menyentuh perkauman. Hal in kerana penulis tidak tahu siapa pembaca mahupun
katar belakang pembaca. Justeru itu, berhati-hati.
Akhir sekali, setiap penulisan
blog juga perlulah berilmu misalnya untuk penulisan pendidikan. Rasullah SAW
juga pernah berpesan ilmu hendaklah dikongsi bukan hanya disimpan. Oleh itu,
penulis hendaklah menulis perkara-perkara yang berilmu yang boleh menambah
pengetahuan pembaca. Tambahan lagi, penulisan blog ini mungkin boleh membawa
pembaca untuk terus minat dalam bidang penulisan yang berunsurkan pendidikan di
mana untuk berkongsi maklumat dengan seluruh pembaca.
Oleh itu, kesepuluh etika ini
hendaklah diterapkan dalam setiap penulisan blog
Sekian, terima kasih