Sinopsis Cerita Sosial : Datuk dan Nenek
Alim seorang budak istimewa. Sewaktu
pulang ke kampung, datuk dan nenek sudah menanti kepulangan mereka. Namun, Alim
telah menunjukkan perubahan yang sangat mengejut apabila melihat sesuatu
perubahan maka dia akan menangis. Hal ini mungkin Alim seorang yang peka akan
setiap kedudukan sesuatu benda yang berada di rumah datuk dan neneknya. Dapat dilihat
nilai kekeluargaan sangat tinggi dan
kasih sayangnya kepada Alim tidak terbatas. Mereka tetap bersabar walaupun
harus menerangkan semula kepada Alim tentang apa yang dia tangisi supaya
tangisnya terhenti.
Rujukan :
Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
Teori dan Aplikasi. Universiti Malaysia Terengganu : UMT
Multimedia yang boleh digunakan dalam penyebaran cerita sosial Datuk
dan Nenek?
Multimedia yang boleh digunakan
dalam penyebaran cerita sosial Datuk dan Nenek ialah dalam sistem komputer di
mana dengan menghasilkan satu jalan cerita yang menggabungkan bunyi, animasi,
atau garfik yang bertujuan menghasilkan video. Video merupakan rakaman gambar
hidup yang menjadi elemen paling mudah untuk ditonton dan difahami jalan
penceritaannya. Video ini boleh dimuat naikkan di laman Youtube bagi
meudahkan penyebaran. Video boleh dimulakan dengan membuat jalan ceritanya
dahulu. Kemudian, cerita yang ditulis itu difahami dan dilakonkan semula oleh
beberapa indiviu yang berbeza. Video yang dirakam hendaklah mudah difahami oleh
penonton.
Selain video, multimedia seperti
teks juga boleh diguna pakai dalam penyebaran cerita sosial: Datuk dan Nenek. Hasil
daripada teks tersebut boleh menjadi sebuah buku yang dijadikan panduan serta
penyelitan unsur-unsur nilai murni yang boleh dicontohi. Misalnya, hasil
daripadanya tercipta sebuah cerpen atau novel. Oleh itu, cerita sosial ini
boleh tersebar.
No comments:
Post a Comment