Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog


Kini, blog amat dikenali sebagai satu media online yang sangat berpengaruh dalam menyuarakan sesuatu pendapat atau buah fikiran. Menurut Li & Chignell (2010) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), blog merupakan salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Namun, menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) pula, blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal.

Setiap sesuatu yang hendak dilakukan mestilah ada peraturannya, sama juga seperti penulisan blog di mana mempunyai etika penulisannya yang tersendiri bagi menghasilkan blog yang baik.

Pertama, tajuk merupakan aspek terpenting dalam setiap penulisan terutamanya penulisan blog. Tajuk yang dikarang hendaklah tajuk yang mampu menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaannya. Tajuk juga hendaklah selari dengan isu semasa jika isu tersebut ingin mengupas tentang isu disekelilingnya. Misalnya, “Tak Heran digelar Mat Bunga”. Berdasarkan tajuk ini, sudah pasti pembaca akan tertanya-tanya, siapa?, kenapa mat bunga? dan mengapa dia menjadi begitu?. Justeru itu, pembaca kan terus meneruskan pembacaannya tanpa berlengah masa lagi.

Kedua, cerita yang menarik di dalam penulisan blog. Cerita yang dapat menarik hati pembaca wujud daripada tajuk yang dilihat dan persoalan yang bermain di minda mereka yang membuatkan mereka ingin terus membaca. Oleh itu, pembaca akan terus tertarik untuk terus membaca sehingga ke akhir penceritaan. Penulisan blog yang baik terhasil daripada imaginasi penulis yang seolah-olah bercakap dengan seseorang misalnya dengan pembaca itu sendiri.

Ketiga, penulisan blog yang baik juga adalah apabila penulis memasukkan unsur jenaka atau ayat humor di dalam blognya. Hal ini mampu menarik hati pembaca untuk terus meminati penulisan blog tersebut. Ayat humor ini mungkin berunsurkan sdikit fakta yang diwarnai dengan sedikit emosi serta contoh-contoh yang sesuai dalam menghuraikan fakta-fakta yang dinyatakan. Hal ini adalah kerana untuk menyelitkan unsur humor seperti sedih, gembira atau terharu dalam membawa pembaca untuk berfikir dan membuat kesimpulannya sendiri.

Keempat, penulis hendaklah memastikan hujah yang terbaik dalam menghuraikan penulisan tersebut. Hujah yang baik adalah berdasarkan perenggan kerana perenggan yang pertama adalah penyebab utama untuk perenggan seterusnya hendak dibaca atau tidak oleh pembaca. Misalnya, pada perenggan pertama pembaca menganggap penulisannnya sangat bosan dan penulis meletakkan kata kunci jawapan artikel pada perenggan pertama. Maka, perenggan seterusnya tidak akan dibaca kerana jawapannya sudah ditemui.

Kelima, di bahagian pertama sudah saya perjelaskan, di mana tajuk hendaklah berkait dengan isu semasa, sama juga dalam penulisan blog yang baik pada perenggan yang seterusnya. Jika di dalam penulisan tersebut memerlukan fakta atau statistik maka penulis perlu memasukkannya supaya pembaca lebih yakin dengan fakta yang diutarakan oleh penulis blog tersebut.

Keenam, setiap penulisan blog yang dibaca oleh pembaca hendaklah ringkas namun padat dengan isi yang kukuh. Penulisan ini akan menjadi penulisan terbaik jika perkataan dan struktur yang digunakan tersusun dan mudah difahami. Penulis hendaklah menjauhi penulisan yang teralu formal dan tidak formal. Penulis perlu bijak untuk mengimbangi perkara tersebut. Kebiasaannya, pembaca lebih menikmati pembacaan blog yang gaya penulisannnya separuh santai kerana mudah difahami oleh mereka si pembaca.

Ketujuh, penulisan yang baik adalah penulisan yang dibaca dan difahami. Justeru itu, penulis hendaklah menjaga pilihan perkataan, jaga setiap ejaan dan tatabahasa. Pembaca tidak gemar membaca penulisan blog yang penuh dengan kesalahan ejaan atau tatabahasa kerana jika itu terjadi, pembaca kena berfikir lebih lagi untuk memahami penulisan tersebut. Namun, penulis tidak perlu menulis secara sempurna kerana bukan semua pembaca pakar atau guru bahasa. Dalam dunia ini juga tiada yang sempurna.

Kelapan, setiap penulisan blog yang ditulis oleh penulis hendaklah merangkumi unsur persoalan.. hal ini kerana bagi mewujudkan komunikasi di antara pembaca dengan penulis. Apabila pembaca untuk memahami akan persoalan yang diwujudkan, maka pembaca akan lebih berfikir apa? Bagaimana? dan kenapa? Bagi pembacaan yang seterusnya. Hal ini sudah mewujudkan komunikasi diantara penulis blog dan pembaca.

Kesembilan, setiap penulisan akan menjadi baik jika diselitkan dengan moral dan nilai estetika di dalam karya penulisan tersebut. Hal ini dapat merangsang pemikiran pembaca untuk muhasabah diri berdasarkan penceritaan penulisan blog yang baharu dibaca. Unsur moral atau nilai estetika yang dimasukkan oleh penulis hendaklah dijauhi unsur yang menyentuh perkauman. Hal in kerana penulis tidak tahu siapa pembaca mahupun katar belakang pembaca. Justeru itu, berhati-hati.

Akhir sekali, setiap penulisan blog juga perlulah berilmu misalnya untuk penulisan pendidikan. Rasullah SAW juga pernah berpesan ilmu hendaklah dikongsi bukan hanya disimpan. Oleh itu, penulis hendaklah menulis perkara-perkara yang berilmu yang boleh menambah pengetahuan pembaca. Tambahan lagi, penulisan blog ini mungkin boleh membawa pembaca untuk terus minat dalam bidang penulisan yang berunsurkan pendidikan di mana untuk berkongsi maklumat dengan seluruh pembaca.

Oleh itu, kesepuluh etika ini hendaklah diterapkan dalam setiap penulisan blog
Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- Kalendar

Assalammualaikum wbt Saya mahu memuji diri sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi. Selama bermingu-minggu. Akhirnya saya berjaya m...