Nama diberi Athirah Binti Basir dan dilahirkan pada tahun 1996 di negeri Melaka iaitu sebuah bandar yang penuh dengan sejarah-sejarah kehidupan manusia pada zaman dahulu. Saya merupakan anak bongsu daripada enam adik beradik.
Ketika masa lapang saya sangat gemar mendengar lagu. Hal ini kerana lagu mampu membantu saya untuk menenangkan fikiran saya. Saya juga amat gemar akan warna biru. Kenapa biru? kerana warna biru adalah salah satu warna yang sangat menenangkan dan mampu mengurangkan beban yang ada. Misalnya, bila kita lihat langit, warna biru sudah memonopoli bahagian langit, maka kita akan lihat keluasan ketenangan di mana tuhan ciptakan.
Pada tahun 2016, saya telah menerima tawaran di peringkat Ijazah di universiti awam iaitu Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kini saya adalah siswazah Bacelor Sastera (Bahasa Dan Linguistik Melayu) di Fakulti Bahasa Moden Dan Komunikasi. Saya mengambil ijazah dalam bahasa dan tidak semestinya bahasa melayu itu mudah. Sesiapa yang pernah belajar di bidang pasti akan mengerti. Tambahan lagi, saya juga ditawarkan untuk memilih kursus minor bagi membuka peluang pekerjaan pada masa akan datang. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk memilih minor Pengurusan Sumber. Hal ini kerana saya yakin kursus ini mampu membuka peluang pada saya akan datang.
Ibu saya adalah seorang suri rumah dan saya telah kehilangan kasih ayah sejak tahun 2012. Namun, setiap yang hidup pasti akan mati.
Terima kasih kerana membaca. Setakat ini sahaja saya hujahkan. Sekian terima kasih
No comments:
Post a Comment