Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini



Pengalaman yang paling bermakna

Dalam jangka masa tiga tahun saya berada di Universiti Putra Malaysia, Serdang, terdapat beberapa pengalaman yang sangat bermakna yang ingin saya lakarkan disini. Bermula dengan program khidmat komuniti di Pulau Songsong, Yan, Kedah. Program ini adalah anjuran bersama pegawai-pegawai daripada Suruhanjaya Pencengah Rasuah Malaysia, Kedah.

Program ini bertujuan bagi meringankan beban masyarakat yang masih kurang bernasib baik. Rasa bersyukur kerana sehingga ke saat ini masih dibenarkan untuk bernafas. Aktiviti gotong-royong, memberi sumbangan barang keperluan dan santai bersama penduduk banyak menyedarkan saya akan sepahit mana kehidupan yang kita lalui atau sebesar mana kita rasa kita berada dalam kesusahan ketahuilah bahawa ada orang yang lagi kurang bernasib baik daripada kita.

Pengalaman di Pulau Songsong juga sangat bermakna bagi saya apabila kami rakan-rakan yang menyertai program melakukan aktiviti bebas bersama. Misalnya, menangkap ketam menggunakan selipar sehingga menyebabkan ketam itu tiak bergerak beberapa minit. Kemungkinan ketam itu pening akan bau selipar itu. Namun setelah dibiarkan ketam itu, ketam dengan segera menuju ke laut. Mungkin ketam itu menyesal naik ke darat ketika itu.

Itulah pengalaman yang paling bermakna bagi saya.

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019- Kalendar

Assalammualaikum wbt Saya mahu memuji diri sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi. Selama bermingu-minggu. Akhirnya saya berjaya m...