Klik link ini: https://www.youtube.com/watch?v=in56kEctq8Y
Kami hanyalah budak sastera yang merujuk kamus untuk mencari makna dan kami bukanlah pakar melukis. jadi lukisan kami biasa-biasa sahaja.
Ini merupakan gambar sebalik tabir gambar potret tadi. Ini baru dinamakan shooting dibawah cahaya mentari yang menyinari malah menerangi jalanku ke kelas Multimedia dalam Bahasa. Panas sebenarnya atas tar. Tapi bila gambar potret itu menjadi cantik, i memberi satu kepuasan yang sangat wow. Potret ahli yang ada yang lagi cantik. Tetapi saya hanya paparkan potret saya sahaja.
Kami mempunyai satu akaun youtube dimana kesemua hasil kerja kami dipertontonkan disitu. Dalam video ini saya menghadapi cabaran apabila saya menjadi model silhouette dan bayang manusia dan objek. Nampak tak betapa gigihnya saya berlari untuk dapatkan bayang itu. Kredit kepada ahli kumpulan yang pantas menangkap foto ini walaupun saya terlari laju.
Sedih? Gembira? Menyampah? Semuanya sudah dialami sepanjang
aku berada di UPM. KIni semester 7 bakal melabuhkan tirai dan aku akan
menamatkan zaman pelajar aku di UPM. Apa yang akan aku rindukan? Aku akan rindu
setiap masa aku dengan rakan-rakan dan aku juga rindu dengan kelas-kelas subjek
yang pernah aku ambil. Susah senang sebagai seorang pelajar hanya kami keluarga
Bahasa Dan Linguistik Melayu sahaja yang tahu. Tambahan lagi, subjek-subjek HR (Pengurusan
Sumber) yang banyak sangat program dan kami ditimpa tugasan, tugasan dan
tugasan. Tapi macam aku cakap tadi, betapa getirnya jalan yang kamu lalui
sebelum ini sudah hamper sampai ke penghujungnya. Hanya berbaki beberapa minggu
sahaja lagi kami bakal berpisah. Tiada lagi terserempak di fakulti ataupun
kolej. Semua akan bawa diri masing-masing dan akan bertemu semasa sesi graduasi
tahun 2020 nanti InsyaAllah. Amin.
Eh!!! Media Sosial
merupakan karya Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim yang dicetak oleh
Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd. Buku ini mengandungi
lapan bab yang mengandungi isi yang merincikan aspek media sosial seperti
twitter, facebook, Instagram, e-mel, blog dan lain-lain. Bab satu merupakan topik
yang membincangkan tentang Media Sosial: Gambaran Keseluruhan. Dalam topik ini,
media sosial dilihat sebagai medium yang bagus untuk berkongsi sumber dalam
kelas, atau penglibatan pelajar. Sejajar dengan pendapat Karpati (2009) yang
menyatakan alat-alat media sosial boleh membantu para pengajar dalam melaraskan
pembelajaran berkolaborasi di kalangan pelajar. Manakal bab dua ialah Twitter
sebagai satu aplikasi yang mudah dikawal, pantas, efiesyen dan
membekalkaninformasi-informasi terkini. Bab tiga ini menjelaskan Facebook
adalah laman sosial yang bagus untuk meningkatkan tahap komunikasi yang baik di
kalangan pelajar dan mungin pihak yang bertanggungjawab boleh melihat kesan
medium ini sebagai medium untuk mempelajari bahasa Inggeris secara global.Assalammualaikum wbt Saya mahu memuji diri sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi. Selama bermingu-minggu. Akhirnya saya berjaya m...