Naskah Normaliza Bt Abd Rahim yang bertajuk “Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi: Teori dan Aplikasi” mengandunigi isi teori yang diguna pakai di
dalam sesuatu bentuk kajian. Naskah ini mengandungi kajian wacana yang
menumpukan kepada pengertian wacana itu sendiri. Wacana itu sendiri merujuk
kepada sesuatu bentuk ujaran atau perlahiran bahasa yang dituturkan oleh
manusia. Tambahan lagi, wacana akan menjadi utuh apabila melibatkan interaksi
dua hala dan makna yang jelas. Kemudian, bab kedua mengandungi beberapa
pendekatan dalam menganalisis wacana seperti teori analisis wacana Brown &
Yule (1983), Stubbs (1983), Kritis VanDijk (1977), Normaliza Bad Rahim (2018),
dan pendekatan analisis wacana Normaliza Abd Rahim (2018). Misalnya teori
analisis kritis VanDijk (1977) yang memfokuskan kepada tiga struktur iaitu
makro (makna global), superstruktur (kerangka) dan mikro (makna lokal) dalam
kajian analisis wacananya. Seterusnya, bab tiga pula menganalisis tiga kajian
wacana yang melibatkan wacana tekstual lirik lagu, cerita sosial dan ujaran
dalam kalangan kanak-kanak. Kajian wacana berikut banyak menumpukan kepada
kanak-kanak autism di mana, kanak-kanak ini mempumyai masalah perkembangan
saraf yang memberi kesan terhadap komunikasi mereka. Bab empat pula terkandung
pengisian berkiatan startegi komunikasi. Strategi komunikasi ini dihuraikan berdasarkan
beberapa pendapat para pengkaji dalam keberkesanan penggunaan strategi
komunikasi, misalnya untuk golongan kanak-kanak yang mengujarkan dan
berinteraksi dengan strategi yang berterusan.
Bab lima membincangkan taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi.
Taksonomi terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pengabaian mesej, pencapaian dan
penanggguhan. Bab enam merupakan analisis strategi komunikasi dalam kanak-kanak
dengan menggunakan taksonomi strategi komunikasi. Akhir sekali, bab tujuh pula
adalah cadangan yang boleh diguna pakai untuk kajian wacana dan strategi
komunikasi lain. Implikasi yang diperoleh daripada kajian-kajian daripada buku
ini ialah bagaiamana untuk menganalisis wacana dengan tepat menggunakan teori
dan pendekatan yang wajar bagi memperoleh keputusan yang bagus. Setiap ujaran
yang dianalisi hendaklah mempunyai makna dan memberi rangsangan kepada
pendengar kerana, ujaran ini melibatkan komu ikasi dua hala.
1) Normaliza
Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.
Terengganu: Penerbit Universiti Terengganu Malaysia (UTM).
2)Brown, G.,
& Yule, G. (1983) Discourse Analysis. Cambridge: Cambridge
University Press.
3)VanDijk,
T.A. (1977). Text and Context: Explanations in the Seman
tics and Pragmatics
of Discourse. Londan: Longman.