Monday, January 6, 2020

BBM3410Satu2019- Kalendar

Assalammualaikum wbt


Saya mahu memuji diri sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi. Selama bermingu-minggu. Akhirnya saya berjaya membuat kalendar yang ada wajah saya sendiri. Tidak pernah terlintas untuk ada kalendar muka sendiri. Tetapi subjek multimedia ini betul-betul mendedahkan saya kepada perkara yang sangat yang luar biasa.

Sunday, December 22, 2019

BBM3410Satu2019 - VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)



Kami hanyalah budak sastera yang merujuk kamus untuk mencari makna dan kami bukanlah pakar melukis. jadi lukisan kami biasa-biasa sahaja.

BBM3410Satu2019 - VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)


Klik link ini: https://www.youtube.com/watch?v=FJ3EOoWFFII

Jika mahu melihat apa yang kami cuba fokuskan tanpa secalit wajah. Klik link di atas.

BBM3410Satu2019 - VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN KE-43 UPM 2019)

Assalammualaikum. Tugasan kali ini. Kami diarahkan untuk membuat satu temu ramah kepada graduan-graduan UPM. Sepanjang perlaksanaan ini, panas terik dengan graduan tidak mahu ditemu ramahnya. yang pasti memang banyak cabaran yang ditempuh. Tetapi kami berjaya.

Klik link ini untuk maklumat lanjut: https://www.youtube.com/watch?v=h06_4xcUk2o


BBM3410Satu2019: Video 9 (One Shot Three Layer)

Assalammualaikum wbt...


Klik link ini: https://www.youtube.com/watch?v=1vrPlLe_Dyk

Video paling meriah. Di mana semua memainkan peranan sangat penting dalam memegang watak masing-masing. Perlaksanaan video ini sangat menarik di mana kami semua bergabung tenaga untuk menjayakannya.

BBM3410Satu2019: Video 8 (One Shot Two Layer)

Assalammualaikum wbt...

Minggu lepas video one shot one layer, kali ni video one shot two layer 



BBM3410Satu2019: Video 7 (One Shot)

Assalammualaikum para hadirin yang dihormati, buata julung kalinya kami Gadis Ttex Production menari gais!!!

Video ini adalah memfokuskan video one shot one layer maknanya kamera tidak boleh dihentikan dan membuat sambungan. Di dalam video ini juga akan melibatkan penyanyi dan penari, tidak boleh ada unsur lain jika ada yang berlakon maka video itu tidak menjadi one shot one layer. 

Kami memilih lagu Anta Permana, nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza. Jadi ingin tahu kesudahan kami menari, marilah lihat.




Jangan lupa tekan butang views, like dan subscribe!

BBM3410Satu2019: Fotografi 5-Flat Lay (Kumpulan)

Assalammualaikum wbt.

Sebelum bermulanya cuti pertengahan semester, kami sudah diarahkan membuat lagi satu tugasan iaitu berkaiatan flat lay yang memfokuskan kepada empat jenis flat lay terhadap manusia, makanan, minuman, haiwan, dan objek. Antaranya ialah flat lay dari atas, half flat lay, quater flat lay dan zero flat lay. Bagaimana gambar-gambar itu akan diambil? Jika mahu hendaklah tonton video kami ini.



Gambar ini menunjukkan flat lay dari atas bagi objek. Setiap bahagian yang hendak difokuskan, kami telah dibahagikan kepada beberapa pecahan misalnya saya dan dua lagi rakan fokuskan kepada objek. Pada asalnya kami memilih barang mandian tetapi setelah direject, maka kami memilih tupperware.


Ini flat lay barang mandian kami yang direject. Tapi takpa, kami sentiasa bekerjasama,

Jangan lupa views, like dan subscribe!!!


BBM3410Satu2019: Fotografi 4-Simpulan Bahasa



Assalammualaikum wbt. Video kali ini memaparkan kepada anda smeua berkaitan simpulan bahasa. Lihat gambar maka anda pasti memahami maksud sebenar simpulan bahasa tersebut. Video kali ini telah memberi pengajaran kepada kami akan simpulan bahasa yang masih boleh diguna pakai. 




Simpulan bahasa terdiri daripada dua atau tiga perkataan yang memberi maksud yang berbeza daripada makna asal perkataan tersebut . Simpulan bahasa juga adalah merupakan peribahasa yang paling ringkas.

Oleh itu, kami Gadis Trex Production telah mengemukakan 10 jenis simpulan bahasa seperti berbesar hati, cahaya mata, gelap mata, gulung tikar, ikat perut, mandi peluh, nyawa-nyawa ikan, pekak badak, telinga nipis dan tumbuk rusuk. 

Ini adalah contoh bagi berbesar hati di mana dia sedang gembira kerana dapat menyiapkan projek ilmiah tahun akhirnya. Maka timbullah perasaan teruja. Manakala, sebelahnya menunjukkan simpulan bahasa pekak badak. Pekak sudah mengambarkkan orang yang mempunyai masalah pendengaran. Menjerit sebelah telinga pun belum pasti dia akan dengar dengan betul.






Berbesar hati


Pekak badak

Selamat menonton, jangan lupa subscribe dan like video-video kami!!!

Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Fotografi 3-Potret & Swafoto

Assalammualaikum wbt.
Salam dari negeri Selangor...

Kali ini saya ingin kongsi berkaitan video berkumpulan yang kedua. Video ini telah disempurnakan oleh kami Gadis Trex Production tanpa seorang pun yang terkecuali. Penglibatan semua ahli sangat memuaskan dan saya sayang ahli-ahli saya. Video kali ini memaparkan teknik mengambil gambar potret dan swafoto. Gambar potret hanya perlu fokuskan kepada manusia itu sahaja dan objek dibelakang adalah kabur manakala swafoto pula perlu diambil seperti ada tangan lain yang mengambilnya. Maknanya, gambar swafoto itu tidak memperlihatkan tangan orang didepan sekali yang menangkap gambar itu. 


Maklumat lanjut klik link ini: https://www.youtube.com/watch?v=TG3kik4C6ZA&t=70s

Cantik ke idok gamabr potret saya. Masa tayangan di kelas Prof puji gambar saya. Alhamdulillah itu bermakna kami telah dapat menepati ciri-ciri fotografi yang Prof minta. Gigih jugak lah tengah-tangah jalan tu dengan gaya begitu tapi macam ilan jeans bukan?


Ini merupakan gambar sebalik tabir gambar potret tadi. Ini baru dinamakan shooting dibawah cahaya mentari yang menyinari malah menerangi jalanku ke kelas Multimedia dalam Bahasa. Panas sebenarnya atas tar. Tapi bila gambar potret itu menjadi cantik, i memberi satu kepuasan yang sangat wow. Potret ahli yang ada yang lagi cantik. Tetapi saya hanya paparkan potret saya sahaja.

Hanya menggunakan Iphone pasti fotografi potret anda menjadi. Saya sudah anda bila lagi???



Gambar di bawah merujuk kepada asas fotografi swafoto. Dapat dilihat gambar pertama ibarat sedang bercermin. Perempuan dan cermin mana boleh dipisahkan. Jadi tak nampak sebenarnya yang kami sedang selfie. Gambar kedua juga merupakan contoh swafoto yang telah kami lakukan.





Dapat dirumuskan bahawa video kedua telah menambah lagi pengetahuan kami berkaitan asas-asas fotografi seperti potrait terutamanya yang memerlukan objek untuk difokuskan dan kabur latar belakangnya. Potrait akan menjadi menarik jika menggunakan rules of third yang diajarkan oleh Prof. Swafoto yang biasa kita lakukan ialah tangan dia atas tetapi kali ini swafoto ini adalah berbeza. Oleh itu, jika ingin belajar asas fotografi yang betul, mari klik link ini: https://www.youtube.com/watch?v=TG3kik4C6ZA&t=70s

BBM3410Satu2019: Fotografi 2-Silhoutte, Bayang & Pendua

Assalammualaikum... Salam dari anak Melaka... 

Hari ini saya mahu berkongsi salah satu hasil kerja berkumpulan saya iaitu Video Fotografi 2 merupakan video pertama yang dihasilkan oleh Gadis Trex Production. Buat kali pertamanya kami bergabung untuk menghasilkan satu video yang mampu menepati ciri-ciri Prof tetapkan. Banyaklah cabaran yang dihadapi tidak termasuk hujan, panas, camera jatuh, dan anginnya lagi. Tapi kami tetap tunaikan amanah kami kepada Prof Dr Normaliza demi memperoleh keberkatan dengan ilmu yang dicurahkan. istilah mudahnya ialah kami REDHA.


Kami mempunyai satu akaun youtube dimana kesemua hasil kerja kami dipertontonkan disitu. Dalam video ini saya menghadapi cabaran apabila saya menjadi model silhouette dan bayang manusia dan objek. Nampak tak betapa gigihnya saya berlari untuk dapatkan bayang itu. Kredit kepada ahli kumpulan yang pantas menangkap foto ini walaupun saya terlari laju. 

 Ini sebalik tabir gambar silhoutte. Gigihnya cari angle yang sesuai. Demi Prof kami sanggup


Bertudung putih ialah pengarah Gadis Trex Production yang bijak mengatur kami sekumpulan. Masa ni di dan saya gigih mencari idea tentang gaya apalah kita nak buat ni.
Akhirnya, silhoutte Athirah menjadi hasil didikan dan cemuhan ahli Gadis Trex  Production.

Berdasarkan video ini, banyak benda baharu yang diperoleh sebenarya. Contohnya cara-cara ambil gambar silhoutte dan angle mana yang sesuai untuk mendapatkan hasil kerja atau gambar yang mampu menarik perhatian penonton. Maka saya telah sediakan link youtube kami untuk tontonan anda.

Klik link ini: https://www.youtube.com/watch?v=HEz9vYctOHM

BBM3410Satu2019- Kalendar

Assalammualaikum wbt Saya mahu memuji diri sendiri kerana jika bukan saya siapa lagi. Selama bermingu-minggu. Akhirnya saya berjaya m...